Seorang kanak-kanak maut terjatuh di tingkat 7 pangsapuri

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh di sebuah apartment di Presint 5 di sini semalam. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 6.55 petang.

Kanak-kanak terbabit disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya. Menurutnya, mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh apartment berkenaan ketika berada di dalam bilik tidur seorang diri sebelum itu mengikuti Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) manakala bilik itu berkunci dari dalam.

Menurutnya, selepas membuka pintu dengan kunci pendua, mangsa didapati tiada di dalam bilik dan tingkap dan jeriji terbuka. Katanya, ibu bapa mangsa bergegas turun ke tingkat bawah apartment dan mendapati orang ramai sedang berkumpul melihat anaknya yang terbaring di atas lantai.

Mangsa yang dalam keadaan kritikal diberikan rawatan kecemasan oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat (JBPM) pada jam 6.45 petang dan dibawa ke Hospital Putrajaya oleh ambulans. Hasil pemeriksaan di bilik mangsa mendapati tiada unsur jenayah dan pemeriksaan doktor mendapati mangsa patah kedua belah siku dan kaki kiri manakala punca kematian akan diketahui selepas bedah siasat diadakan. Mangsa meninggal dunia di hospital pada 7 petang dan kes di klasifikasi sebagai mati mengejut dan siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here