Covid-19: 4,701 kes baru, jangkitan keseluruhan cecah 2.5 juta

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 4,701 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,501,966. Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 6.3 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Bagaimanapun, kemasukan hospital di beberapa negeri mengalami peningkatan terutamanya di Terengganu (+29.8 peratus), Negeri Sembilan (+20.5 peratus) dan Pahang (+11.3 peratus). Sejak 9 Oktober lalu, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Nov 5) di mana 4,922 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut: Selangor (1,075), Sabah (554), Sarawak (496), Johor (405), Kelantan (398), Kedah (297), Pahang (267), Perak (258), Terengganu (238), Pulau Pinang (227), Negeri Sembilan (227),  Kuala Lumpur (201), Melaka (201), Putrajaya (37), Perlis (22), Labuan (19).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here