4,543 kes baharu Covid-19

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan peningkatan dengan 4,543 kes dilaporkan hari ini berbanding 4,343 kes semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata menerusi Twitter, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,510,852 kes.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman web  http://covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here