Dibunuh di hadapan kopitiam, polis memburu 4 lelaki

 Polis sedang mengesan empat lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh di hadapan sebuah kopitiam di Bandar Bukit Tinggi 2, Klang, Sabtu lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata mereka adalah Low Chee Boon, 41, beralamat terakhir di nombor 87, Jalan 14, Kampung Idaman, Pelabuhan Klang dan Lim Chee Hau, 39, beralamat terakhir di nombor 586, Lorong 23, Jenjarom.

Turut dikesan Tan Kok Pin, 34, beralamat terakhir di nombor 8, Jalan Bacang 7, Sri Jarom, Jenjarom dan Yap Chin Hock, 58, beralamat terakhir di nombor 40, Jalan Melati 21, Taman Melati, Jenjarom,katanya dalam kenyataan. Ezanee berkata, setakat ini pihaknya sudah menahan enam lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian pembunuhan terhadap seorang lelaki berusia 47 tahun itu.

Beliau berkata, semuanya direman hingga 13 Nov dan pihaknya sedang mengesan saki-baki suspek lain. Sehingga kini polis masih menjalankan siasatan terperinci mengenai punca dan motif mangsa dibunuh katanya. Beliau sehubungan itu memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian menyalurkannya kepada balai polis berhampiran atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Mohamad Syahrir Zabidi di talian 012 6650895.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here