Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 4,965 kes baru Covid-19 dengan jumlah terkumpul kini mencecah 2,667,999. Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas menurun sebanyak 31.7 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.
Bagaimanapun, kemasukan hospital di Perlis meningkat +221.2 peratus diikuti Terengganu (+50.6 peratus), Pahang (+13.2 peratus) dan Melaka (+11.9 peratus). Kementerian Kesihatan hanya mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri sehari lebih lewat melalui portal CovidNow.
Pecahan kes mengikut negeri untuk semalam (Dis 6) di mana 4,262 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut: Selangor (868), Kelantan (562), Johor (457), Kedah (357), Pahang (278), Sabah (271), Pulau Pinang (243), Kuala Lumpur (240), Perak (231), Melaka (222), Terengganu (201), Negeri Sembilan (189), Sarawak (72), Perlis (34), Putrajaya (29), Labuan (8).