Pegawai bomba parah dalam letupan meninggal dunia

Pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat yang cedera parah akibat terkena letupan ketika operasi memadam kebakaran kilang Sabtu lalu meninggal dunia pagi ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mazuki Ismail, berkata Pegawai Bomba (PB) Mohd Firdaus Sulaiman, 32, meninggal dunia pada jam 4.15 pagi di Hospital Segamat.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sikamat, Negeri Sembilan Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan buat seluruh pasukan balai bomba ini dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor amnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here