Covid-19 kes baru 4,097

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan sebanyak 4,097 kes baru Covid-19 menjadikan jumlah terkumpul kini adalah sebanyak 2,699,240 kes. Jumlah kemasukan ke hospital bagi pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lepas menurun sebanyak 6.8 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Bagaimanapun, kemasukan ke hospital di Pulau Pinang mencatatkan kenaikan 31.2 peratus dan Negeri Sembilan meningkat kepada 23.5 peratus. Kementerian Kesihatan mengeluarkan pecahan kes baru Covid-19 lewat sehari melalui laman web CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Dis 13) di mana 3,504 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut: Selangor (682), Kelantan (455), Johor (378),Pahang (279), Pulau Pinang (276), Kedah (263), Kuala Lumpur (218), Perak (205), Terengganu (193), Sabah (181), Melaka (143), Negeri Sembilan (120), Sarawak (47), Putrajaya (32), Perlis (24), Labuan (8).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here