Langkawi: Kanak-kanak perempuan cedera di kepala selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan di Jalan Mahawangsa 1, Kuah, di sini, hari ini.
Dalam kejadian 8.15 pagi itu, mangsa berusia 12 tahun dilaporkan terjatuh dari tingkat empat bangunan yang letaknya berdekatan WE Hotel Langkawi, di sini.
Ketua Bomba Zon Langkawi Fadzlullah Mohd Noor berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian daripada orang awam yang hadir di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Persiaran Putra pada 8.23 pagi.
“Sejurus itu, tujuh anggota berserta dua jentera dari BBP Persiaran Putra dan BBP Langkawi dikerahkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini.




















