22,802 kes baharu Covid-19

Kementerian Kesihatan melaporkan 22,802 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam catatan Twitter berkata keseluruhan jangkitan kini meningkat kepada 3,019,163 kes.

Ini julung kali jangkitan harian melepasi 22,000 kes sejak 28 Ogos tahun lalu yang mencatatkan 22,597 kes. Daripada jumlah kes baharu itu, katanya, hanya 0.46% dalam Kategori 3, 4 dan 5, manakala Kategori 1 dan 2 sebanyak 99.54% atau 22,698 kes. Beliau berkata, Kategori 3 merekodkan 82 kes, Kategori 4 (14 kes) dan Kategori 5 (lapan kes).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here