105 kematian COVID-19 direkodkan

Negara merekodkan kematian tiga angka sejumlah 105 kes iaitu dilaporkan setakat semalam, sekali gus meningkatkan jumlah keseluruhan angka korban disebabkan COVID-19 di negara ini kepada 34,099 kes.

Menerusi data oleh COVIDNOW, negeri paling tinggi mencatatkan kematian ialah Perak dengan 21 kes, diikuti Kedah (17), Johor (13) dan Selangor (12).

Selain itu masing-masing tujuh kes kematian dilaporkan di Pahang dan Kuala Lumpur, masing-masing lima kes di Melaka dan Sabah, Pulau Pinang (4), masing-masing tiga kes di Negeri Sembilan, Sarawak dan Terengganu, masing-masing dua kes di Kelantan dan Perlis serta Putrajaya (1).

Dalam pada itu, data berkenaan turut menunjukkan daripada kes kematian yang dilaporkan semalam, terdapat 29 kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) yang dikesan. Perkembangan itu menjadikan sehingga kini terdapat 7,128 orang meninggal dunia sebelum bantuan perubatan boleh diberikan.

Perincian bagi kes BID ialah, sebanyak sembilan kes dikesan di Kedah, diikuti Kuala Lumpur (7), masing-masing tiga kes di Johor, Sabah dan Selangor, Perak (2) serta masing-masing satu kes di Kelantan dan Negeri Sembilan.

Sementara itu, mengenai 299,331 kes yang masih aktif di negara ini, data memaparkan setakat ini sebanyak 96.6 peratus atau 289,043 individu kini sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Selain itu terdapat 2,082 pesakit COVID-19 atau 0.7 peratus pula sedang menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), hospital (7,832), Unit Rawatan Rapi (ICU) m(141) dan ICU serta memerlukan alat bantuan pernafasan (233).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here