Pengembara tidak perlu jalani ujian COVID-19 serta-merta bermula 1 April

Pengembara tempatan atau warga asing yang memasuki negara bermula 1 April depan, tidak lagi perlu melaksanakan ujian saringan COVID-19 secara serta-merta di pintu masuk negara.

Itu antara beberapa dasar baharu digariskan dalam protokol am untuk pengembara diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, yang mula berkuat kuasa apabila negara memasuki fasa peralihan ke endemik 1 April ini.

Khairy berkata, pengembara tempatan atau warga asing masih perlu menjalani ujian saringan COVID-19, namun mereka diberi tempoh 24 jam untuk berbuat demikian selepas memasuki negara.

Pengembara dikehendaki menjalani ujian RTK-Antiten (Ag) profesional, sama ada di fasiliti kesihatan swasta di pintu masuk antarabangsa atau di luar pintu masuk antarabangsa dalam tempoh 24 jam. Secara amnya di lapangan terbang, tiada lagi keperluan untuk melakukan ujian saringan COVID-19. Kaunter ujian KKM akan ditutup pada 1 April.

Namun, Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) masih ada klinik swasta dan pengembara boleh buat ujian di situ, atau mereka boleh lakukannya di mana-mana klinik di destinasi mereka di Malaysia, dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan. Pengendali ujian itu akan melaporkan keputusan ujian RTK-Ag itu ke dalam aplikasi MySejahtera, katanya ketika sidang media di Parlimen, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here