Nicky Liow dijangka hadapi 26 pertuduhan

Pengasas Winner Dynasty Group, Nicky Liow tiba di Kompleks Mahkamah di sini pagi ini. Dia dijangka berdepan 26 pertuduhan berkaitan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLAFTA).

Bagaimanapun, puluhan pengamal media yang menunggu di lobi utama kompleks itu tidak dapat merakam gambar dan video ketibaan ahli perniagaan itu berikutan suspek dibawa masuk mengikut laluan lain.

Semalam, melaporkan selepas setahun melarikan diri daripada pihak berkuasa, Nicky Liow akhirnya menyerah diri kepada polis. Nicky, 34, menyerah diri di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Menara KPJ, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, jam 11 pagi semalam.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here