Banjir kilat di Pontian, dua lagi PPS dibuka

PONTIAN: Dua lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pontian dibuka akibat banjir kilat yang melanda kawasan itu sejak Rabu.

Pegawai Daerah Pontian, Kamaruddin Abdullah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian berkata jumlah mangsa banjir kilat di daerah itu ialah 168 mangsa daripada 31 keluarga.

Katanya PPS baharu yang dibuka ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Bunian dan SK Seri Bukit Panjang. SK Sri Bunian menempatkan 117 mangsa daripada 20 keluarga di kawasan Kg Jasa Sepakat.

Manakala SK Seri Bukit Panjang menempatkan 32 mangsa daripada 7 keluarga. Kedua PPS itu dibuka pada jam 9 dan 9.30 malam tadi.

SK Melayu Raya kekal dengan jumlah mangsa 19 orang daripada 4 keluarga. “Kejadian banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan sejak semalam bermula jam 5.30 pagi yang menyebabkan beberapa buah rumah dinaiki air di Pontian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, satu PPS turut dibuka di Mersing lewat malam tadi yang menampakkan 31 mangsa daripada 2 keluarga berikutan kejadian kebakaran yang berlaku semalam pada jam 6.30 petang telah memusnahkan dua buah rumah mangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here