Suami isteri meninggal dunia kereta dirempuh dari belakang

Kuching: Suami isteri meninggal dunia selepas kereta dinaiki dirempuh kereta lain dari belakang di Jalan FAC, Matang di sini, pagi tadi.

Mangsa, Abdul Wahab Yusup 52, dan isterinya, Suliani Gimo 54, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan dalaman.

Kemalangan membabitkan Toyota Yaris dengan Perodua Axia. Pemandu Toyota Yaris parah manakala pemandu dan penumpang Perodua Axia disahkan meninggal dunia di lokasi.

Menurut keluarga mangsa yang ditemui di tempat kejadian, pasangan terbabit yang bertugas sebagai atendan parkir dalam perjalanan untuk ke tempat kerja di Satok.

Difahamkan, kereta dinaiki pasangan itu diseret sejauh kira-kira 50 meter. Pasangan terbabit mempunyai dua anak lelaki berusia 12 dan 16 tahun.

Menurutnya lagi, tragedi itu yang kedua berlaku membabitkan ahli keluarga arwah Abdul Wahab dalam tempoh setahun kerana adiknya, Safiee Yusup, juga meninggal dunia pada kemalangan jalan raya apabila motosikalnya dirempuh kereta dari belakang pada 31 Mei tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here