Langkawi kembali ‘hidup’

Selepas sekian lama ditutup ekoran pandemik Covid-19, Pulau Langkawi kembali menerima kedatangan pelancong pada hari pertama gelembung pelancongan yang bermula hari ini. Dianggarkan kira-kira 3,200 pelancong akan tiba di sini menerusi tiga perjalanan feri dari Kuala Perlis, Perlis dan 18 penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Pesawat Boeing 737-800 MH1432 yang berlepas dari KLIA membawa 159 orang penumpang menjadi pesawat pertama mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) pada pukul 10.45 pagi tadi. Ketibaan mereka disambut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Nancy Shukri dan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor selain wakil daripada pelbagai agensi berkaitan yang terlibat menjayakan projek rintis gelembung pelancongan itu.

Pekerja swasta, Rosmazaini Mohd Zain, 50, yang tiba bersama suami dan empat anaknya menerusi pesawat itu mengakui begitu teruja apabila dapat menjejakkan kaki ke Langkawi selepas sekian lama ‘terkurung’ di ibu negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here