Dengan bergurindam, Halimah mohon maaf isu Menu Rahmah

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Kapar Dr Halimah Ali memohon maaf susulan kenyataan dibuat berhubung  Menu Rahmah yang didakwa mengelirukan Dewan Rakyat sebelum ini. Dengan bergurindam, Ahli Parlimen Perikatan National (PN) itu memohon maaf sekiranya ucapannya sebelum ini disalah erti.

Kalau ada jarum peniti, jangan disimpan di dalam peti, kalau ada ucapan disalah erti, saya menyusun 10 jari. Niat di hati suara rakyat saya juarai, semak imbang Kerajaan Madani, biar integriti bukankah itu peranan hakiki.  Selaku wakil rakyat, suara rakyat yang diwakili, sudi kiranya dirujuk penyata rasmi, muka surat 134 sehingga 137 pada 14 Februari,” katanya di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul kemudiannya menerima permohonan itu sambil menyifatkan gurindam berkenaan menjawab soalan semua pihak. Dalam surat kepada Johari pada 21 Februari, Dr Kelvin Yii Lee Wen (PH-Bandar Kuching) merujuk kepada perbahasan Halimah mengenai inisiatif Menu Rahmah dan mengaitkannya dengan ancaman kesihatan termasuk kanser dan austisme. Kelvin Yii mengemukakan usul agar Halimah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana didakwa mengelirukan Dewan Rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here