Pekerja asing di kedai emas, tekstil dan kedai gunting rambut – PM lulus

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan sebahagian permohonan pengambilan pekerja asing bagi tiga sektor yang melibatkan kedai gunting rambut, tekstil dan kedai emas yang sebelum ini dibekukan sejak tahun 2009.

Walaupun begitu kelulusan yang diberikan itu hanya melibatkan sebahagian daripada 15,000 permohonan berkenaan beliau menyatakan. Perdana menteri juga menegaskan syarat penting, iaitu golongan belia tempatan perlu diberi latihan sepenuhnya bagi mengisi keperluan tenaga kerja melibatkan tiga sektor tersebut. Pembekuan pengambilan pekerja asing di ketiga-tiga sektor tersebut telah mengambil masa yang panjang iaitu 14 tahun.

Perdana menteri berkata, kerajaan hanya beri kelulusan sebahagian sahaja dalam perkara ini. Sepatutnya untuk menyelesaikan masalah kekurangan sumber pekerja dalam ketiga-tiga sektor tersebut, haruslah kita cari kaedah baru dengan menyediakan latihan kepada golongan muda tempatan melalui TVET (Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) dan Tekun (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional).

Beliau berkata perkara ini akan dibincang di mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini kerana ia melibatkan keperluan sertamerta. Anwar berkata demikian ketika melancarkan Program Lestari Niaga @ Kuala Lumpur di Medan Selera Madani di Kompleks Tun Sambanthan, di sini semalam.Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, K. Saraswathy hadir sama untuk program itu.

Pada 14 Mac tahun ini, Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia, N. Gobalakrishnan berkata, kira-kira 10,000 perniagaan India yang melibatkan ketiga-tiga sektor itu, mungkin terpaksa ditutup kerana Permohonan Lanjutan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk baki pekerja asingnya akan ditamatkan secara berperingkat. Pengambilan pekerja asing untuk sektor sektor tersebut dibekukan pengambilan baru sejak tahun 2009 lalu.

Anwar juga menegaskan bahawa, lesen perniagaan yang diberi kepada rakyat Malaysia patut digunakan oleh orang tempatan sahaja. Jika didapati lesen ini dibagikan kepada orang asing, kerajaan akan batalkan lesen yang diberi itu serta merta dan akan diberikan kepada warga tempatan lain berlayak perdana menteri menegaskan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here