Kebakaran kereta bertembung kontena – dua rentung

Rawang – Sep 7
Kemalangan tragedik awal pagi di Rawang telah meragut dua nyawa. Kedua-dua orang itu rentung apabila kereta yang dinaiki mereka terbakar selepas bertembung dengan lori kontena di Jalan Kuala Garing di sini, pada hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang telah dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 3.53 pagi.
Difahamkan kedua-dua mangsa rentung adalah warga tempatan iaitu lelaki berusia 26 tahun dan wanita berusia 23 tahun. Kebakaran membabitkan sebuah kereta jenis Honda City terbakar 70 peratus, manakala sebuah lori kontena juga terbakar sebanyak 50 peratus, katanya dalam kenyataan pada Khamis. Pemandu lori kontena terselamat selepas sempat terjun keluar daripada kenderaan yang bakar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here