Sistem kewangan serantau untuk kestabilan ekonomi – PM

Jakarta -Sep 7
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keperluan kepada sebuah sistem kewangan serantau. Beliau berkata sistem itu yang mampu menangani ketidakstabilan di dalam ekonomi sejagat dan risiko kewangan selain boleh juga meningkatkan kebebasan ekonomi serantau dan jaringan keselamatan.

Bliau menegaskannya semasa berucap pada Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga Ke-26, beliau juga menyuarakan kebimbangan mengenai keterjaminan makanan dan gesaan untuk meningkatkan kerjasama dalam pertanian pintar, terutamanya tumpuan kepada pekebun kecil.

Beliau juga menyambut baik penerimagunaan Kenyataan Pemimpin ASEAN Campur Tiga terhadap Pembangunan Ekosistem Kenderaan Elektrik. Anwar mengetuai delegasi Malaysia dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 yang berakhir pada hari ini.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here