COVID-19: Angka kematian seluruh dunia melepasi 344,000 kes

ANGKA korban akibat covid-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan kenaikan hampir 1,000 kes dalam masa 24 jam dengan jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak itu kini mencecah 344,731 kes.

Menurut statistik dari Johns Hopkins University, tiga negara kini melepasi angka 30,000.

Amerika Syarikat kekal sebagai negara merekodkan kematian tertinggi dan melepasi 98,000 kes.

United Kingdom dan Itali berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing mencatatkan lebih 36,000 dan 32,000 kes.

Manakala negara keempat dan kelima adalah Perancis dan Sepanyol dengan masing-masing merekodkan 28,000 dan 26,000 kes.

Dalam pada itu, dunia terus menyaksikan perkembangan positif berdasarkan kepada bilangan pesakit yang telah pulih.

Sebanyak 2.196 juta pesakit COVID-19 sembuh di seluruh dunia dan dibenarkan discaj.

Ia menjadikan kes aktif di daerah itu kini mencecah 124 kes dan secara keseluruhan 610 kes.

Sementara itu, selain Sepang, enam daerah lain yang masih kekal di zon kuning adalah Petaling (26), Gombak (22), Kuala Selangor (9), Hulu Selangor (16), Klang (empat), dan Sabak Bernam (tiga)) manakala Kuala Langat pula kekal di zon hijau.

Setakat ini, sejumlah 1,503 kes sembuh dicatatkan manakala kes aktif meningkat kepada 244 berbanding 195 semalam dan kematian kekal pada angka 22.

Untuk makluman, daerah yang mempunyai 41 kes aktif dan ke atas dikategorikan sebagai zon merah manakala bagi yang mempunyai satu hingga 40 kes adalah zon kuning.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here