Kekerapan Laluan LRT Kelana Jaya Kurang 3 Minit Tahun Hadapan

Kuala Lumpur, Sep 14
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menyasarkan waktu kekerapan tren kurang tiga minit pada waktu puncak di transit aliran ringan LRT Laluan Kelana Jaya, akan dapat dicapai menjelang tahun hadapan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata ketika ini kekerapan tren adalah 3.8 minit pada waktu puncak selepas pengoperasian tiga tren baharu di laluan berkenaan.

Beliau berkata, tiga tren tersebut adalah sebahagian daripada perolehan 27 tren baharu bagi LRT Laluan Kelana Jaya di bawah projek Kenderaan Tambahan Kuala Lumpur 27 yang bernilai RM1.72 bilion.

Di bawah projek tersebut, Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) dan Rapid Rail memperoleh 27 tren baharu dengan kumpulan tren pertama diterima secara berperingkat bermula September 2020. Sebanyak 11 tren telah diterima setakat ini dan baki 16 set tren akan diterima secara berperingkat dari bulan ini sehingga Disember 2024.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here