Perhimpunan Sabtu Ini : Polis KL Belum Terima Sebarang Pemakluman

Kuala Lumpur, Sep 14.
Polis Kuala Lumpur belum menerima sebarang notis pemakluman berhubung penganjuran perhimpunan yang bakal diadakan Sabtu ini, di Ibu Negara. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid,berkata sedemikian.

Oleh kerana itu polis akan mengambil segala tindakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada sekiranya masih terdapat sebarang aktiviti yang mengganggu-gugat ketenteraman awam.

Dia berkata, sebarang pemakluman harus disertakan dengan lampiran kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pemilik lokasi di mana perhimpunan bakal diadakan.

Setakat ini Polis KL tidak menerima apa-apa juga notis pemberitahuan daripada pihak penganjur untuk mengadakan ‘Himpunan Selamatkan Malaysia’. Justeru, sekiranya penganjur masih berdegil untuk berhimpun, kita akan mengambil tindakan sewajarnya seperti yang termaktub di bawah Akta Perhimpunan Aman katanya.

Allaudeen berkata, secara kebiasaan notis pemakluman harus diserahkan sekurang-kurangnya empat hari sebelum tarikh berhimpun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here