Johor Baru, Sep 14
Lebih 300 peniaga makanan India Muslim atau mamak di negeri Jojor, bercadang menaikkan harga makanan berasaskan beras sebanyak 10 peratus susulan kenaikan harga keperluan berkenaan.
Setiausaha Persatuan Usahawan India Muslim Negeri Johor, Hussien Ibrahim, berkata ketika ini cadangan itu ditangguhkan buat sementara waktu berikutan arahan Persatuan Restoran Muslim Malaysia yang menaungi Persatuan Usahawan India Muslim Negeri Johor.
Katanya, ia berikutan persatuan berkenaan dijadualkan mengadakan pertemuan dengan kerajaan termasuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sebelum mengambil langkah seterusnya.
Lebih 300 peniaga makanan India Muslim atau Mamak kini semakin tersepit susulan harga beras tempatan dan import dibekal pembekal mengalami kenaikan sehingga 10 peratus.




















