Kuala Lumpur, Sep 18
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, kelonggaran itu susulan langkah kerajaan mengkaji semula pengambilan jururawat terlatih warga asing.
Kekurangan tenaga kerja jururawat di sektor awam dan swasta memberi kesan besar terhadap penyampaian perkhidmatan kesihatan secara efektif di negara ini dan perkara ini sudah lama dibangkitkan oleh pelbagai persatuan dalam rangkaian industri perubatan swasta dan ia harus segera diatasi.
Kriteria yang agak mengekang berkenaan pengambilan jururawat terlatih warga asing oleh pihak swasta, seperti termaktub dalam Employment Criteria for Foreign Trained Nurses In Malaysia 2018, dikaji semula dan diberi kelonggaran bersyarat sementara, demi kepentingan perkhidmatan yang lebih mampan dan berdaya saing, katanya dalam satu kenyataan. Bagaimanapun Dr Zaliha berkata, pengambilan terbabit tertakluk syarat tertentu iaitu jururawat terlatih warga asing perlu menduduki ujian Malaysian Nursing Board Qualification Examination for Foreign Trained Nurses yang dikendalikan Lembaga Jururawat Malaysia. Katanya, walaupun kelonggaran diberikan untuk pengambilan jururawat terlatih warga asing, kementerian tetap prihatin dan memberi keutamaan kepada kebajikan serta prospek kerjaya jururawat tempatan.