Wanita diculik dan dicederakan kerana hutang suami

Seorang wanita warga Indonesia diculik sekumpulan lelaki selama 10 hari ekoran suaminya gagal membayar hutang sebanyak RM540,000.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata mangsa berusia 34 tahun dan berasal dari Medan itu telah diculik pada 7 Sept lepas, ekoran suaminya juga warga Indonesia dipercayai telah berhutang dengan seorang lelaki warga Malaysia yang merupakan kontraktor, di George Town berkaitan perniagaan mereka.

Mangsa bersama tiga rakan wanitanya sedang bercuti di sini telah diculik tiga lelaki di kawasan Paya Terubong, namun kawan-kawannya dilepaskan tanpa dicederakan oleh suspek manakala wanita itu dibawa ke Butterworth, untuk dikurung di situ.

Suami mangsa berusia 47 tahun yang merupakan ahli perniagaan telah membuat transaksi pembayaran berjumlah RM50,750 menerusi pengurup wang namun isterinya masih tidak dilepaskan sebelum suspek meminta bayaran tambahan RM540,000 dan membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Kinrara, Selangor pada 15 Sept lepas dan bertindak daripada maklumat tersebut polis melancarkan Op Scorpion Rantai dan berjaya menyelamatkan wanita itu dalam serbuan di sebuah rumah di Shah Alam, Selangor pada 5.15 pagi 17 Sept dan siasatan juga mendapati mangsa dikurung selama tiga hari di Butterworth, dekat George Town, empat hari di Puchong dan tiga hari di Shah Alam.

Semasa serbuan di rumah itu, polis turut menyelamatkan seorang lelaki warga Indonesia yang turut diculik kumpulan berkenaan namun dia tiada kaitan dengan kes wanita itu,” katanya.Beliau berkata wanita itu ketika diselamatkan berada dalam keadaan cedera di seluruh badannya dan mangsa dipercayai diikat, dicucuh dengan puntung rokok, dicucuk dengan jarum pada kukunya, dipukul, tangan dan kaki diikat pengikat kabel malah turut dirantai.

Mereka yang ditahan adalah suspek utama berusia 35 tahun, sembilan lelaki warga tempatan, dua wanita warga tempatan dan dua lelaki warga asing, kesemua mereka mempunyai peranan masing-masing dalam kes culik tersebut,” katanya.

Menurutnya lima daripada yang ditahan itu mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah dan kesemua mereka direman tujuh hari sehingga 23 Sept ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here