McDonald’s Malaysia lapor polis

Kuala Lumpur, Sep 27.
McDonald’s Malaysia membuat laporan polis berhubung insiden seorang pelanggan mendakwa dikenakan bayaran atas permintaan untuk mendapatkan sos cili tambahan di restoran McDonald’s Taman Buaya.

McDonald’s dalam satu kenyataan menjelaskan, selepas menjalankan siasatan dalaman dan meneliti rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV), didapati bahawa terdapat satu kesilapan awal daripada pihak restoran itu apabila pelanggan diberikan dengan jumlah sos cili yang tidak mencukupi secara tidak sengaja.

Kakitangan kami kemudian dengan segera menyediakan bungkusan tambahan sos cili apabila diminta oleh pelanggan berkenaan.

Walau bagaimanapun, pada masa itu, pelanggan itu menjadi sangat marah dan agresif secara lisan terhadap kakitangan kami. Pelanggan itu mendesak untuk melakukan pembayaran bagi 10 bungkusan tambahan sos cili dan menggesa krew kami untuk mengeluarkan resit bagi pembelian ini.

Walaupun krew cuba untuk menjelaskan bahawa sos cili disediakan secara percuma, pelanggan dengan marah, tetap mahu dikenakan bayaran bagi 10 cili terbabit,” kata McDonald’s Malaysia.

Sehubungan itu, kenyataan menegaskan bahawa McDonald’s Malaysia sangat kecewa dengan tindakan pelanggan yang bukan sahaja menunjukkan sikap agresif terhadap kakitangan syarikat itu, malah turut menyebarkan maklumat yang tidak tepat mengenai insiden ini di media sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here