BERNAS bagi jaminan bekalan beras

Kuala Lumpur, Sep 28.
Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) memberi jaminan bekalan beras putih mencukupi bagi mengisi keperluan rakyat negara ini.

BERNAS memaklumkan pihaknya menyalurkan sebanyak 630,000 tan metrik beras putih pada Januari hingga Ogos lalu, dalam satu kenyataan.

Dengan itu, ia menyaksikan peningkatan sebanyak 38 peratus lebih tinggi berbanding purata jualan bulanan bagi tempoh lima tahun lalu.

Ini bermakna, bekalan beras putih adalah lebih daripada mencukupi tanpa kerajaan perlu menggunakan bekalan stok penimbal.

Namun demikian, permintaan ke atas beras putih tempatan semakin meningkat disebabkan perbezaan harga beras putih tempatan dan import.

Peningkatan ini disebabkan peralihan permintaan daripada beras putih import kepada beras putih tempatan oleh pengguna, pembekal kontrak dan pemain-pemain industri makanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here