Sivasangari gondol emas berganda

Kuala Lumpur, Okt 6.
Pemain skuasy wanita negara, S Sivasangari telah menunjukkan ketabahan dan tekad dalam acara final perseorangan untuk meraih pingat emas keduanya pada temasya Sukan Asia Hanghou 2022, pada Khamis.

Pemain berusia 24 tahun itu terpaksa melalui pertarungan sengit selama lebih sejam untuk menundukkan Chan Sin Yuk dari Hong Kong, sekali gus menunjukkan ketahanan mental yang lkuat dan esuatu yang jarang ditemui dalam kalangan generasi atlet masa kini.

Sivasangari berkata, kemalangan jalan raya yang mengerikan tahun lalu menyebabkan kecederaan kepala dan tulang belakang (C1) telah membantu memperkuatkan mentalnya dan meningkatkan semangat bertarung untuk menghadapi cabaran di dalam dan di luar gelanggang.

Sivasangari juga memenangi pingat emas dalam acara berpasukan wanita.

“Saya telah meningkatkan kekuatan mental dan itu merupakan faktor kelebihan berbanding dengan lawan atas kejayaan dalam acara perseorangan ini.Saya juga merasa tekanan kerana menjadi Pembawa Jalur Gemilang pada upacara perasmian temasya sukan ini dan ia satu penghormatan. Saya bangga untuk menyumbang pingat emas kepada negara,” kata beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here