Graduan didenda RM5,000 aibkan Naib Canselor ketika konvokesyen

Kuala Lumpur, Okt 9.
Mahkamah Majistret di sini hari ini mengenakan denda RM5,000 atau tiga bulan penjara terhadap seorang graduan Universiti Malaya (UM) kerana mengaibkan bekas Naib Canselornya, Datuk Ir. Dr. Abdul Rahim Hashim dalam istiadat konvokesyen, empat tahun lalu.

Majistret Illi Marisqa Khalizan memutuskan Wong Yan Ke, 27, bersalah selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Ketika menyampaikan keputusannya, Illi Marisqa berpuas hati bahawa graduan kejuruteraan awam itu gagal mematahkan kes pendakwaan kerana mahkamah tidak diyakinkan bahawa tertuduh tidak berniat melakukan perbuatan tersebut.

Mahkamah tidak bersetuju dengan pembelaan bahawa tertuduh tidak mempunyai pilihan kecuali mengutarakan pandangannya, golongan mahasiswa dan kesatuan universiti dan pensyarah sewaktu majlis konvokesyen.

Mahkamah tidak yakin bahawa tertuduh tidak mengetahui perbuatan tersebut boleh mendatangkan amarah Naib Canselor dan mengganggu keamanan dan ketenteraman tetamu semasa konvokesyen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here