Budak 6 tahun ditemukan mati dalam mesin basuh

Ipoh, Okt 17.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemukan mati di dalam sebuah mesin basuh di Ipoh semalam.

Ketua Polis Ipoh Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima laporan pada 11.44 pagi mengenai kejadian itu yang berlaku di sebuah rumah lot di Kampung Sungai Tapah Tambahan. Semasa kejadian, mangsa bersama ahli keluarga berada di dalam rumah tersebut, katanya, lapor Bernama.

“Jam lebih kurang 9.30 pagi, mangsa dijumpai oleh neneknya dalam keadaan tidak sedar diri di dalam mesin basuh pakaian.”

Mangsa kemudian dihantar ke hospital dengan ambulans, namun kemudian disahkan meninggal dunia pada 11.02 pagi.Yahaya berkata, hasil bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, mangsa didapati meninggal dunia disebabkan kecederaan di bahagian kepala akibat objek tumpul

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here