Cadangan salur subsidi guna pindahan tunai dipertimbang

Kuala Lumpur, Okt 17.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedang mempertimbang pemberian subsidi kepada rakyat menerusi pemindahan tunai.

Beliau berkata, pendekatan itu bagaimanapun tidak boleh digunakan untuk semua jenis subsidi.

Dalam kes ayam dan telur tidak perlu begitu kerana harganya sudah turun. Cadangan pemberian tunai itu sedang dipertimbangkan untuk beberapa urusan lain dan akan diumumkan kelak. “Ia memang difikirkan dalam beberapa isu lain yang lebih besar untuk mengelak ketirisan dan manfaat kepada warga asing,” katanya pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) berhubung cadangan supaya subsidi diberikan terus kepada rakyat secara pemberian tunai bagi mengelak ketirisan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here