Laluan LRT Kelana Jaya capai kekerapan waktu puncak 3 minit hujung bulan ini

Kuala Lumpur, Okt 24.
Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya dijangka mencapai kekerapan tren tiga minit pada waktu puncak menjelang hujung bulan ini.

Kementerian Pengangkutan berkata, ketika ini kekerapan tren adalah 3.8 minit pada waktu puncak berbanding 4.4 minit pada Disember 2022 berikutan pengoperasian tiga tren baharu di laluan itu bermula bulan lalu.

Prasarana Malaysia Bhd sudah melaksanakan beberapa usaha untuk meningkatkan kekerapan perkhidmatan tren. Tiga tren empat gerabak (bagi laluan Kelana Jaya) memulakan operasi pada September lalu.

Baki 16 tren lagi akan diterima secara berperingkat sehingga Disember 2024 menerusi projek Kuala Lumpur Additional Vehicles 27, katanya dalam jawapan disiarkan di laman sesawang Parlimen, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here