Melaka tuan rumah Hari Pelancongan Dunia 2025

Ayer Keroh, Okt 24.
Melaka bertuah apabila dipilih menjadi tuan rumah Hari Pelancongan Dunia dan Persidangan Pelancongan Dunia (WTC) pada 2025.

EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata ini selepas Pertubuhan Pelancongan Sedunia memilih Malaysia menganjurkan program berprestiji itu.

Katanya, seramai 155 negara bakal berkampung di Melaka bagi menjayakan acara yang diadakan secara tahunan itu.

Ini adalah kali pertama Malaysia dipilih sebagai tuan rumah sambutan itu dan sudah pasti Melaka bersedia untuk mewakili negara sebagai lokasi penganjurannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here