Permohonan warganegara hanya 14 hari

Putrajaya, Okt 25.
Tempoh pemprosesan permohonan kewarganegaraan dikurangkan daripada 73 hari kepada 14 hari menerusi Sistem Tapisan Keselamatan Warganegara yang dilancarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata proses berkenaan akan dijalankan secara lebih cekap menerusi pelaksanaan sistem itu yang dibangunkan JPN dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Jika sebelum ini dokumen permohonan kewarganegaraan yang diterima JPN akan diserahkan kepada pihak polis secara fizikal (bercetak), tetapi dengan adanya sistem ini penyerahan dokumen adalah secara dalam talian,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Jubli Intan JPN ke-75, di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here