14 lembu mati dirempuh kereta api

Kuantan, Nov 3.
Sebanyak 14 lembu mati dilanggar oleh Keretapi.Seramai 336 penumpang dan lima kru kereta api Ekspres Rakyat Timuran (ERT) terselamat dalam insiden pengangkutan dinaiki mereka itu merempuh 14 ekor lembu di Kilometer (KM) 84.50 – KM84.75 antara Stesen Bahau dan Stesen Triang, Bera, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir, berkata tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilapor membabitkan penumpang dalam kejadian kira-kira jam 3.10 pagi itu.

Beliau berkata, perlanggaran itu bagaimanapun menyebabkan kesemua lembu terbabit mati, selain berlaku beberapa kerosakan pada kereta api lapan gerabak itu, termasuk di bahagian enjin.

“Perjalanan kereta api dari Gemas, Negeri Sembilan, ke Tumpat, Kelantan itu kemudian diteruskan selepas pemeriksaan kerosakan dilakukan,” katanya ketika dihubungi, di sini, malam semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here