Mohamad Sabu akan bertemu Menteri India Agar pengeksportan beras putih diteruskan

Johor Bahru, Sep 25.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Kebajikan Petani India bagi menyatakan hasrat memastikan negara itu terus mengeksport beras putih kepada Malaysia.

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan secara kerajaan dengan kerajaan itu sebagai langkah memastikan bekalan beras putih terus mencukupi buat rakyat negara ini.

Katanya, ia berikutan kebimbangan apabila kerajaan di India itu menyekat pengeksportan beras putih secara mengejut yang membawa kesan kenaikan harga beras di Malaysia.

Kita sekarang sedang berhubung bagi mendapatkan tarikh sesuai untuk pergi ke sana supaya kita boleh berbincang secara G2G. Jika mereka menyekat beras putih secara mengejut, ia membawa kesan kenaikan harga beras di Malaysia ini. Beras basmathi ada, boleh import banyak, tetapi beras basmathi ini mahal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here