Datuk S. Ambiga dicadang jadi Pengerusi SPR baharu

Kuala Lumpur, Nov 7.
Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, daripada DAP mencadangkan supaya kerajaan melantik bekas Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu.

Beliau berkata, ini kerana Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh akan bersara pada Mei tahun depan.“Kita maklum Pengerusi akan bersara beberapa bulan lagi tahun depan (Mei 2024). Bagaimana Kerajaan Perpaduan akan melantik Pengerusi SPR yang baharu? Adakah mereka akan melalui PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) atau kita boleh mencadangkan nama?

“Sebab sebagai Pengerusi itu adalah satu tugas yang memainkan peranan yang penting dalam usaha kita nak reformasi pilihan raya negara.

“Jadi, saya cadangkan Kerajaan Perpaduan boleh mempertimbang Ambiga sebagai Pengerusi SPR baharu yang akan datang apabila Pengerusi sedia ada bersara,” katanya semasa membahaskan usul Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here