Sistem KWSP tergendala empat hari mulai 17 November

Kuala Lumpur, Nov 7.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menjalankan penaikan taraf sistem selama empat hari bermula 17 November hingga 20 November 2023 dengan matlamat meningkatkan kecekapan teknologi maklumat (IT) dan memperkukuh sistem KWSP bagi ketahanan jangka panjang.

Sepanjang gangguan sementara ini, perkhidmatan ‘real-time’ dalam talian KWSP tidak akan tersedia.

KWSP dalam satu kenyataan berkata, dalam tempoh ini, ahli tidak akan dapat mengakses akaun KWSP mereka atau melakukan transaksi dalam talian.

Katanya, Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP juga tidak juga tidak dapat menerima panggilan sepanjang tempoh naik taraf ini. a berkata, cawangan-cawangan KWSP akan kekal beroperasi, walau bagaimanapun transaksi hanya akan lengkap selepas tempoh naik taraf selesai.

“Ahli dan majikan digalakkan untuk merancang keperluan kewangan mereka sebelum proses naik taraf ini dijalankan dan hadir ke cawangan KWSP apabila sistem telah kembali tersedia pada 21 November 2023.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here