Tiga lagi sekolah antarabangsa terima ancaman bom

Kuala Lumpur, Nov 22.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiga lagi sekolah iaitu dua di Kajang, Selangor dan satu di Batu Feringghi, Pulau Pinang, menerima ancaman bom.

Di Kajang, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima dua laporan ancaman bom pagi tadi.

“Setelah tindakan pembersihan keselamatan dilakukan, kita dapati tiada sebarang bahan letupan atau bom di kawasan sekolah antarabangsa tersebut,” katanya dalam sidang akhbar pada Rabu.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelupusan barang kes dan lelongan kenderaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di Balai Polis Bandar Baru Bangi, dekat sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Zaid berkata, semua tindakan yang diambil semasa tindakan pembersihan keselamatan dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here