JPJ kesan scammer lesen memandu tak sah di media sosial

Kuala Lumpur, Nov 23.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Rospiagos Taha, berkata pihaknya mengesan akaun media sosial mengenai sindiket penipuan yang menjanjikan pengeluaran lesen memandu secara murah dan mudah tetapi tidak mengikut syarat yang ditetapkan serta tidak sah di sisi undang-undang.

Katanya, sindiket itu menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan iklan dengan menggunakan pelbagai kaedah pujukan termasuk memaparkan gambar lesen memandu JPJ bagi memikat orang ramai mendapatkan lesen tanpa ujian dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat, murah, mudah dan sukar dikesan pihak berkuasa.

Lesen memandu yang dikeluarkan secara sah hendaklah mengikut tatacara dan prosedur latihan dan ujian memandu kompeten yang ditetapkan. Katanya, memiliki lesen tidak sah adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 108 Akta 333.

Orang ramai yang berhasrat untuk mendapatkan lesen memandu secara sah boleh menghubungi Institut Memandu  berhampiran yang berdaftar dengan JPJ.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here