Speaker umum Anwar ketua pembangkang parlimen

Yang di-Pertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof secara rasmi mengumumkan Anwar Ibrahim (PH – Port Dickson) dipilih sebagai Ketua Pembangkang Parlimen.

“Saya berpuas hati Anwar mendapat sokongan daripada ahli-ahli parlimen pembangkang untuk dipilih sebagai Ketua Pembangkang,” kata Ariff.

Pada sidang hari ini Ariff juga menjelaskan prosedur operasi standard (SOP) di Dewan Rakyat, termasuklah langkah penjarakan sosial. Maksudnya 174 MP akan diletakkan di ruang utama Dewan Rakyat.

Sekumpulan MP kerajaan dan MP bebas pula akan diletakkan di galeri awam manakala beberapa MP pembangkang akan diletakkan di kawasan kakitangan parlimen di bahagian kiri kerusi speaker.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here