Gempa bumi sederhana di selatan Sumba, Indonesia

Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter dikesan melanda Selatan Sumba, Indonesia pada 8.18 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa pada jarak 355 kilometer (km) selatan dari Bima, Indonesia berlaku pada jarak 11 km.

Walau bagaimanapun, penilaian awal MetMalaysia mendapati gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. Sumba terletak berhampiran Timor Leste.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here