Tekanan politik punca kerajaan sukar laksana reformasi struktural – Ismail

Kuala Lumpur, Nov 25.
Bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, negara berdepan masalah struktur ekonomi serius, tetapi kerajaan sukar melaksanakan reformasi struktural kerana berdepan tekanan politik.

Beliau memberi contoh pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) mendapat tentangan pembangkang ketika itu, yang turut menyebabkan Barisan Nasional (BN) tumbang pada PRU14. “Politik ekonomi satu perkara yang amat sukar kerana perlu mengimbangi antara keperluan perniagaan dan rakyat.

“Ia juga menjadi satu modal yang ‘enak’ untuk kempen politik dengan menggambarkan rakyat akan menjadi mangsa,” katanya dalam rencana diterbitkan Utusan Malaysia.

Bekas naib presiden Umno itu berkata, pakar ekonomi meramalkan dunia akan berdepan pertumbuhan ekonomi perlahan, inflasi dan kadar pengangguran tinggi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here