Tempoh sah pasport 10 tahun – Imigresen dicadang

Kuala Lumpur, Nov 28.
Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) mengesyorkan tempoh sah laku pasport Malaysia antarabangsa (PMA) ditambah daripada lima kepada 10 tahun dengan kadar bayaran sewajarnya.

Presiden KPISM, Ajeet Singh Gurbax Singh, berkata lebih 100 negara di dunia sudah memperkenalkan pasport antarabangsa yang mana tempoh sah lakunya adalah 10 tahun.

“Banyak negara dunia ketiga juga mengeluarkan pasport untuk tempoh 10 tahun. KPISM mencadangkan pengeluaran PMA bagi tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran yang sewajarnya.

“Buku pasport dengan muka surat sedia ada boleh digunakan, tetapi hanya tambah tempoh sah laku saja. Perkara ini akan menjimatkan kos kerajaan disamping menambah hasil negara. PMA sedia ada untuk tempoh lima tahun dikekalkan dan rakyat mempunyai pilihan,” katanya dalam kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here