Arul Kanda tuntut ganti rugi RM56.7 juta

Ex-1MDB CEO Arul Kanda Kandasamy

Kuala Lumpur, Nov 29.
Arul Kanda Kandasamy, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menuntut ganti rugi berjumlah RM56.7 juta daripada syarikat pelaburan strategik itu.

Dalam tuntutan balas difailkan pada 17 November lalu menerusi Tetuan Sanjay Mohan, Arul Kanda antara lain menuntut 1MDB membayar ganti rugi khas berjumlah RM54 juta, kehilangan pendapatan RM202,600, dan bonus berjumlah RM2.5 juta mengikut Perjanjian Pelanjutan Pekerjaan.

Arul Kanda memfailkan tuntutan balas itu selepas mendakwa Perjanjian Pelanjutan Pekerjaan beliau dibatalkan secara salah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here