Kuala Lumpur, Dis 4
Jumlah kes baharu Covid-19 minggu lepas meningkat sebanyak 57.3% kepada 3,626, daripada 2,305 yang dicatatkan pada minggu sebelumnya.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Radzi Abu Hassan, 48% kes baharu adalah dalam kalangan individu berusia antara 20 dan 40 tahun, dan 98% hanya mengalami gejala ringan.
Kes mingguan Covid-19 dikesan telah melepasi angka 1,000 kes pada setiap minggu sejak Minggu ME 41/2023 sehingga ke ME 47/2023 dengan kadar peningkatan antara 7.1 hingga 57.3%.
“Walaupun terdapat peningkatan kes Covid-19 dicatatkan, namun keadaan terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada,” katanya dalam kemas kini bagi minggu berakhir 25 Nov.




















