Kematian pesakit di hospital, Kementerian Kesihatan tubuh jawatankuasa bebas siasat

Alor Setar, Dis 13.
Kementerian Kesihatan (KKM) menubuhkan sebuah jawatankuasa bebas bagi melakukan siasatan lanjut berhubung kematian seorang pesakit berusia 51 tahun di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, 3 Disember lalu.

Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kedah, Dr Norizan Ahmad, berkata terdahulu pihak HSAH sudah menjalankan siasatan dalaman mengikut garis panduan KKM yang sedia ada.

“Sebagai makluman, pesakit terbabit telah datang untuk mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma HSAH pada 3 Disember lalu dengan simptom sakit dada. Bagaimanapun, pesakit meninggal dunia pada tarikh sama. KKM amat bersimpati dengan pemergian mendiang dan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau, katanya dalam satu kenyataan, di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here