Demi lesen perniagaan kahwini warga emas

Kuala Terengganu, Apr.
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu mengesan terdapat lelaki warga asing yang mengahwini wanita warga emas tempatan semata-mata untuk memudahkan mereka mendapatkan lesen perniagaan.

Pengarahnya, Azhar Abd Hamid berkata, selepas hasrat mereka tercapai, terdapat kes wanita berkenaan kemudian diabaikan malah ada yang hidup berasingan dengan hanya diberikan wang saku sekitar RM300 sebulan.

Menurutnya, taktik menjadikan wanita tempatan sebagai ‘mangsa’ kepentingan peribadi itu dikhuatiri semakin meluas dalam kalangan masyarakat menyebabkan ia sukar untuk dibendung. Kita ada mengesan kes-kes seumpama ini, mereka (warga asing) menyasarkan wanita tempatan sebagai mangsa malah ada di antaranya merupakan wanita warga emas.

“Kita bimbang jika keadaan ini dibiarkan ia akan semakin berleluasa dan lebih ramai lagi lelaki warga asing menyasarkan wanita tempatan untuk kepentingan diri mereka sendiri,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here