Seniman Legenda M. Daud Kilau Meninggal Dunia

Bagan Datuk, Dis 19.

Penyanyi legenda tanah air, Datuk M. Daud Kilau meninggal dunia.

Beliau meninggal dunia pada jam 4.46 petang Isnin di Hospital Teluk Intan pada usia 85 tahun.

Beliau meninggal dunia akibat kencing manis, darah tinggi dan komplikasi jantung.

Anak jati Bagan Datuk, Perak itu aktif dalam bidang seni selepas menjuarai Bintang Radio di Singapura pada 1968 mendendangkan lagu Musalmah Manis dan Joget Hitam Manis.

Selain lagu Cek Mek Molek dan Sirih Pinang, Allahyarham M. Daud juga sangat masyhur dengan lagu Anak Derhaka, Gila Judi dan Pening yang dirakam bersama penyanyi Ezlynn pada 2003.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here