Dos penggalak Covid -19 Tak perlu wajibkan

Kuala Lumpur, Dis 20
Pakar kesihatan tidak melihat keperluan untuk kerajaan mewajibkan pengambilan dos penggalak vaksin Covid-19 untuk orang ramai, ketika kes jangkitan meningkat menjelang cuti hujung tahun.

Dr Azizan Abdul Aziz, presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berkata, kebanyakan orang dijangkiti virus itu hanya menunjukkan gejala ringan dan sembuh selepas mendapat rehat dan ubat sewajarnya.“(Jadi) tiada keperluan mewajibkan pengambilan suntikan dos penggalak,” katanya kepada FMT.

Azizan turut menasihatkan individu berisiko tinggi memakai pelitup muka di tempat sesak atau kawasan awam yang tidak mempunyai pengudaraan baik.Katanya, secara umum orang ramai patut mengamalkan gaya hidup sihat.

Dr Tharani Loganathan dari Universiti Malaya, dan Azrul Khalib dari Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial senada bersetuju vaksinasi perlu kekal sebagai pilihan dan diambil secara sukarela.

Azrul berkata, tiada keperluan untuk memperkenalkan semula arahan kuarantin tegas seperti dikenakan sebelum ini.

“Kita anggap ini sebagai penyakit endemik dan hidup dengannya, sama seperti influenza dan penyakit respiratori lain,” katanya.

Tharani pula berkata, Putrajaya wajar memperoleh vaksin Covid-19 terkini dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) patut membenarkan vaksin berkenaan memasuki pasaran serta boleh diperoleh menerusi sektor swasta.

Minggu lalu, Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata kementeriannya mungkin akan mengeluarkan arahan baharu bagi suntikan penggalak Covid-19, khususnya bagi golongan yang lebih rentan terhadap komplikasi virus itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here